Info Terkini :

Terengganu & T-Team Sama-Sama Kuat

Kuala Terengganu: Pemain dua pasukan 'adik-abang', Terengganu dan T-Team terpaksa menerima hakikat apabila pertukaran antara mereka mungkin berlaku untuk pendaftaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pihak pengurusan sehingga kini belum memutuskan senarai muktamad pasukan mana yang diwakili pemain kedua-dua pasukan. Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mencari formula terbaik dalam usaha memantapkan kedua-dua pasukan.

Terbaru, dua pemain pertahanan The Titans iaitu Marzuki Yusof dan pemain import kelahiran Brazil, Fabio Flor dikhabarkan mungkin menyarung jersi Terengganu, manakala dua pemain Terengganu, Mohd Fakhrurazi Musa dan Mohd Nor Hakim pula mungkin menyertai skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.

PBSNT berbuat demikian untuk memastikan kekuatan pasukan yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim dan Azraai seimbang dalam Liga M.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatakankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat, berkata Terengganu dan T-Team dijangka membuat kejutan besar mengenai senarai pemain yang diwakili bagi mengharungi Liga M.

"Saya dimaklumkan pihak pengurusan, yang kedua-dua pasukan ini masih membuat pemilihan pemain tempatan dan import. Jadi, pemain yang kini bersama Terengganu dan T-Team tidak semestinya menyarung jersi itu.

"Apa yang boleh saya katakan, kita mahu lihat kedua-dua pasukan ini sama kuat tahun depan," katanya - Berita Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.