"Hari pertama sesi latihan Skuad Penyu yang bermula pada 6 November, Rabu lalu"
KUALA TERENGGANU: Terengganu memanggil lima pemain import untuk percubaan bagi menyiapkan pasukan untuk Liga Malaysia musim depan.
Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, dua pemain import yang dipanggil untuk percubaan (16-21 November) adalah dari Jepun manakala yang lain adalah dari Argentina , Brazil dan Croatia.
"Semua pemain mampu bermain dengan baik tetapi kita mahu melihat siapa yang boleh menyesuaikan diri dengan pemain tempatan," katanya di sini hari ini.
Terengganu juga akan mempercepatkan pemilihan pemain import kerana pendaftaran akan ditutup pada 4 Disember.
"Kami berharap pemilihan pemain import akan selesai pada 30 November".
"Kehadiran anak jati Terengganu Zairo Anuar Zailani & Izzat Faris Ramlan untuk membantu memperkuatkan pasukan Terengganu"
Terengganu juga menyandarkan anak jati iaitu Zairo Anuar Zailani dan Izzat Faris Ramlan untuk membantu pasukan negeri.
Zairo Anuar Zailani yang sebelum ini menyarung jersi Kelantan manakala Izzat Faris Ramlan mewakili Harimau Muda musim lalu.
Marzuki berkata daripada 21 pemain tempatan dalam skuad Terengganu , tiga pemain bukan dari Terengganu.
Tiga pemain yang mewakili Kelantan dan Selangor PKNS musim lalu.
"Mazlizam, Azlan Zainal dan Faiz Subri dikatakan akan menyarung jersi pasukan Terengganu"
Dua lagi slot dalam pasukan Terengganu akan diisi kemudian yang pemainnya daripada Skuad Presiden. - Sumber