Info Terkini :

T-Team Uji Import Dalam Perlawanan Persahabatan

KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team akan meneruskan saringan menguji pemain import dari Brazil, Argentina dan Lubnan dalam usaha mencari seorang pemain tengah untuk menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Penolong pengurus pasukan T-Team Mohamad Sekanther Hamid berkata pemain-pemain itu akan diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini malam esok.

"Kami akan lihat prestasi pemain itu dan hanya yang terbaik di kalangan mereka akan dipilih untuk pasukan T-Team," katanya

"Fabio Flor turun menjalani latihan bersama pasukan T-Team pada sebelah petang"

Dalam pada itu, Sekanther berkata penyerang import The Titans yang baharu dari Indonesia, Patrich Steve Wanggai bagi mengisi kuota Asia dan Fabio Flor dari Brazil telah tiba di Terengganu.

"Jika tidak ada masalah, kami akan menandatangani persefahaman dengan Flor dalam masa terdekat ini. Wanggai kita telah tandatangani persefahaman di Jakarta tidak lama dulu," katanya.

Beliau berkata Patty tiba di sini Jumaat lepas dan telah menjalani latihan bersama pemain-pemain T-Team manakala Flor pula tiba di sini semalam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.