Info Terkini :

T-Team Tagih Magis Azraai Khor

KEWIBAWAAN Azraai Khor Abdullah sebagai jurulatih terkemuka di Liga Malaysia (Liga M) nyata menjadi sandaran penting buat pasukan berstatus kelab, T-Team  mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat pengendali kelahiran Kedah itu selama dua musim, The Titans yakin bahawa sentuhan Azraai dijangka mampu mengembalikan reputasi T-Team sebagai salah satu pasukan elit di negara ini.

Apa yang pasti, ‘magis’ Azraai, 61, yang sinonim menjulang pelbagai kejayaan ketika mengemudi pasukan antaranya Kedah memenangi gelaran treble dua kali berturut-turut, pasti ditagih pasukan berstatus kelab Pantai Timur itu.

SEDIA ADA
Kini, bekas jurulatih Perak itu diamanahkan mengemudi kecemerlangan The Titans dalam usaha sekurang-kurangnya berada di dalam kedudukan lima teratas Liga Super musim depan.

Mungkin tidak keterlaluan mengatakan bahawa gabungan senarai pemain yang sedia ada dan kepakaran dimiliki Azraai mampu melonjakkan The Titans dalam mengharungi saingan Liga M musim depan.

TEPATI SASARAN
Atas dasar itu, bekas jurulatih Negeri Sembilan dan Perak itu melahirkan keyakinan tinggi dapat membentuk satu pasukan yang lebih mantap selain menepati sasaran pengurusan yang mahu kelompok lima teratas musim depan.

“Saya sendiri pun ketika ini sudah ada barisan bayangan untuk musim depan namun ia masih belum dimuktamadkan lagi kerana ada sesetengahnya (pemain) masih dalam peringkat perbincangan lagi.

“Tapi, apa yang saya boleh katakan ialah cuma di barisan serangan kita perlu mencari penyerang tempatan berwibawa yang dapat memikul tanggungjawab menjaringkan gol,” katanya.

ENGGAN ULAS
Mengulas kehadiran beberapa nama besar dalam liga bola sepak tempatan bersama T-Team antaranya Norfarhan Mohamad, Azraai bagaimanapun enggan membuat pengesahan sama pemain kelahiran Terengganu itu akan menabur bakti bersama negeri kelahirannya.

Namun berita positif yang dihebahkan pemain itu melalui laman sesawang miliknya mengenai kemungkinan akan bersama pasukan negeri kelahiran sesuatu yang menggembirakan peminat.

Merupakan penjaring tunggal Kelantan dalam aksi akhir Piala FA selain menjadi buruan beberapa pasukan, kehadiran Norfarhan atau lebih mesra dikenali Ben10 pastinya memeriahkan saingan.

AKSI SULUNG
Beliau yang dijangka turun untuk sesi latihan pertama bersama pasukan barunya minggu depan juga masih belum dapat mengesahkan mana-mana pemain import yang akan menandatangani kontrak bersama T-Team musim depan.

“Dari segi import, kita sudah ada seorang pemain Croatia yang kita akan nilai dia secepat mungkin. Memang kita belum putuskan lagi dan saya akan bincang dengan pengurusan.

“Bagaimanapun saya difahamkan, pengurusan telah membuat rundingan dan berkemungkinan Fabio Flor akan kembali ke Terengganu,” katanya.

PROFIL
Nama: Mohd Azraai Khor Abdullah
Umur : 60 tahun
Tarikh Lahir : 25 Oktober 1952
Asal: Kampung Alor Semadong, Alor Setar Kedah
Hobi : Bermain bola sepak
Latar akademik : SM Keat Hwa, Alor Setar
Latar keluarga:
- Isteri, Rohani Ibrahim (52 tahun)
- Anak – Mohd Firdaus (20 tahun), Siti Fairuz (19 tahun), Nor Azryena (9 tahun)

Sukan lain yang diceburi : Tenis, golf
Ahli sukan yang diminati : George Best dan Allahyarham Mokhtar Dahari
Kenangan pahit : Tewas 0-1 kepada Perlis dalam final Piala Malaysia 2004 hasil gol ‘lontaran ke dalam’ oleh pemain Perlis, Adrien Jurad Chamrong.
Kenangan manis: Di pilih sebagai jurulatih terbaik bagi dua musim berturut-turut (2007 dan 2008) setelah membantu Kedah mencipta sejarah muncul juara ‘treble berganda’

Jika saya bukan pemain bola sepak / jurulatih bola sepak: Inspektor Polis

Sejarah penglibatan dalam sukan bola sepak:
Sebagai pemain:
- Mewakili skuad Kilat Kedah (Piala FAM) Mewakili skuad Piala Malaysia Kedah dari 1969 hingga 1980
- Mewakili skuad kebangsaan sejak 1975 hingga 1978
- Nombor jersi – 9
- Posisi – sayap kiri, tengah
- Ketua jurulatih skuad Liga Super Kedah sejak 2004 hingga

Sebagai jurulatih :
- 1992: skuad Piala Presiden Kedah
- 1993/1994: skuad Piala Malaysia Kedah (penolong jurulatih)
- 1994/1998: skuad Piala Presiden Kedah
- 2002 : Skuad Piala Presiden Kedah / Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan
- 2004/2009: Skuad Piala Malaysia Kedah
- 2004 : Bantu Kedah muncul naib juara Piala Malaysia (tewas 0-1 kepada Perlis)
- 2007/2008: Bantu Kedah muncul juara ‘treble berganda’ yang pertama (juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia bagi dua musim berturut-turut. Turut dipilih sebagai jurulatih terbaik dua musim berturut-turut. Di pilih menerima anugerah jurulatih terbaik bagi dua musim berturut-turut.
-2010: Harimau Muda A
-2011/2012: Negeri Sembilan
-2013: Perak
-2014-2015: T-Team
-Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.