DUNGUN: Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Disember ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata pelan tersebut bertujuan mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negara dengan sasaran pemain berbakat berusia tujuh hingga 18 tahun itu kini di peringkat akhir penelitian.
"Program pembangunan ini meletakkan matlamat dan sasaran pasukan remaja negara layak menyertai Piala Dunia Remaja 2019," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (KARISMA) 2013 di sini Khamis.
Khairy juga berkata Kementerian Belia dan Sukan akan memperkenalkan program 'Fit Malaysia' tahun depan dengan tujuan memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata program tersebut akan dijalankan secara berskala sepanjang tahun di semua peringkat negeri dan daerah melibatkan empat acara sukan iaitu larian, berbasikal, seni mempertahankan diri serta acara yang memberi tumpuan kepada kecergasan wanita.
Sementara itu, UiTM Shah Alam muncul juara keseluruhan dalam temasya KARISMA 2013 selama enam hari melibatkan 5,000 atlet dalam 23 acara sukan itu. - Sumber