Info Terkini :

Penjaring Terbanyak Liga Indonesia Bakal Import T-Team

"Berdasarkan sumber yang diperolehi Wikipedia, penjaring terbanyak ISL 2012-2013 ialah
Boaz Solossa yang mewakili pasukan Persipura Jayapura"

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab T-Team hampir pasti menggunakan khidmat pemain import dari Indonesia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata pemain tersebut mewakili pasukan kebangsaan Indonesia dan juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) pada musim 2012/2013.

"Patrick Wanggai juga salah seorang pemain yang disebut-sebut untuk menyertai T-Team, sama ada beliau atau Boaz Salossa, sama-sama nantikan pengesahan"

"Ini adalah sebagai satu langkah memenuhi syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengisi kuota pemain import Asia musim hadapan," katanya kepadda Bernama.

Abdul Rashid berkata T-Team telah beralih arah ke Indonesia dalam usaha mencari pemain import berkenaan berikutan rancangannya mendapatkan pemain Singapura sebelum ini tidak kesampaian.

Dalam pada itu, beliau berkata T-Team juga bercadang menggunakan khidmat seorang pemain import dari negara Croatia dan juga sedang mengintai pemain import ketiga bagi melengkapkan slot pemain import tahun depan.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan pemain T-Team telah mengenalpasti pemain import dari Croatia itu semasa mengunjungi negara itu baru-baru ini.

Namun begitu, Abdul Rashid berkata T-Team mengalu-alukan mana-mana pemain import yang berminat untuk mengikut sesi ujian di Padang Gong Badak pada 6 hingga 8 Nov ini.

Sementara itu, pihak pengurusan T-Team telah mengikat beberapa pemain negeri lain yang berpotensi hasil pertemuan di ibu negara beberapa hari lepas bagi memperkuatkan skuad The Titans.

Beliau berkata pemain berkenaan antaranya yang pernah menyarung jersi pasukan Terengganu selain dari Selangor PKNS, Harimau Malaya B, Sabah dan Johor DT.

"Nama pemain-pemain berkenaan biarlah diumumkan oleh pucuk pimpinan T-Team sendiri, selepas pertandingan akhir Piala Malaysia nanti," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, beliau berkata jumlah pemain yang disenaraikan dalam pasukan T-Team sekarang ini telah meningkat kepada 19 orang, termasuk pemain import.

T-Team telah memulakan latihan pusat dalam rangka membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohahan tersebut di Padang Bola Sepak Gong Badak, di sini sejak 28 Okt lepas. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.