Info Terkini :

Kekal Tiga Pemain Import Musim Depan

Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mengekalkan kuota tiga pemain import seperti yang dipersetujui sebelum ini meskipun ada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengharapkan ada lagi penambahan pemain import berikutan kenaikan gaji pemain tempatan.

Jika musim lalu badan induk itu hanya membenarkan pengambilan dua pemain import bagi pasukan Liga Super dan Perdana namun kuota itu berubah dengan penambahan seorang lagi pemain import dari benua Asia selepas mendapat kelulusan Exco FAM April lalu.

Biarpun ada desas-desus mengenai kuota 2+1 itu akan ditambah lagi menjelang tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 4 Disember ini, namun Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk mereka membuat perubahan.

“Kita sudah membuat penambahan daripada dua pemain import kepada tiga pemain import musim depan menerusi kuota 2+1 dengan seorang lagi pemain import itu mestilah dari benua Asia. Manakala untuk pasukan yang akan beraksi dalam Piala AFC akan kekal dengan kuota 3+1 pemain import.

“Keputusan yang kita ambil ini sudah mengambil kira semua aspek dan setakat ini kita berpegang kepada kuota ini namun kita tidak akan menjangkakan sebarang perubahan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKPT semalam.

Beliau berkata, semua pasukan mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar pemain import pada 4 Disember ini manakala pemain tempatan pada 17 Disember. Semua pasukan Liga-M mempunyai masa lebih panjang bagi pendaftaran kedua pemain musim depan apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac hingga 22 April 2014.

Sementara itu FAM membuat 'pusingan U' apabila membenarkan semula pasukan berstatus kelab menghantar pasukan bertanding dalam kejohanan Piala Presiden musim depan selepas mengehadkan penyertaan kepada 16 pasukan negeri dan dua dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar musim lalu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.