Putrajaya: Jangan cakap banyak. Itu rangkuman kenyataan balas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai alasan diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung jualan tiket secara dalam talian yang masih gagal dilaksanakan.
Khairy tetap bertegas, sistem sedia ada iaitu menjual tiket di kaunter sudah tidak relevan dan meminta supaya badan induk itu tidak memberikan alasan remeh.
“Daripada FAM cakap mereka sudah buat kajian dan macam-macam, mereka juga perlu melakukan sesuatu.
“Sebab kalau kita guna sistem sedia ada untuk tahun depan, akan berulang masalah yang mengundang kekecohan di stadium, ulat tiket dan tiket palsu,” katanya pada sidang media semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi laporan Arena Metro semalam berkata, pihaknya sudah lama merancang menjual tiket secara dalam talian tetapi berdepan beberapa kekangan, antaranya menyukarkan pembahagian tiket secara adil kepada penyokong pasukan.
“Saya harap FAM jangan nafikan kelemahan ini. Jangan kata mereka lebih arif.
“Betul, FAM memang lebih arif tapi kalau tak buat benda yang mereka sendiri cadangkan, tak guna nak cakap mereka lebih arif,” katanya. - Sumber