PENGERUSI Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan masih menaruh harapan untuk melihat pemain bola sepak Malaysia beraksi untuk kelab miliknya itu di masa depan.
Pemilik kelab berpangkalan di Wales itu bagaimanapun berkata adalah agak mustahil untuk pemain Malaysia mewakili kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu buat masa ini kerana undang-undang imigresen di United Kingdom amat ketat.
"Kami pastinya mahu berbuat demikian tetapi standard bola sepak Malaysia belum begitu baik tetapi saya percaya ada beberapa perancangan sedang diusahakan di negara ini.
"Selain itu, kami telah menubuhkan Kelab Cardiff Club 1Malaysia (1MCC) untuk membimbing lebih banyak pemain bola sepak muda berbakat di masa depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan jersi kelab kepada empat artis tempatan di Rafflesia The Pearl Centre, di sini hari ini.
Mereka ialah Fizo Omar, Fizz Fairuz, Iqram Dinzly dan Fahrin Ahmad yang merupakan duta butik barangan kemas itu yang akan berlepas ke Wales pada 24 Okt untuk menyaksikan perlawanan EPL antara Cardiff dan juara bertahan Manchester United di laman mereka sendiri di Stadium Millennium di Cardiff, Wales.
Sementara itu, Vincent Tan berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa membeli pemain baharu dalam program perpindahan kedua yang dibuka selama sebulan pada Januari tahun depan, untuk membantu Malky Mackay.
Beliau sebaliknya akan melihat perkembangan prestasi kelab itu sehingga Januari tahun depan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Jika prestasi pasukan kami baik sehingga Januari, dengan itu tiada keperluan untuk saya membeli pemain baharu...kami juga tidak mampu membeli pemain ternama kerana kami berdepan kekangan kewangan berbanding kelab-kelab lain EPL," katanya.
Mengenai sasaran musim ini, Vincent Tan berharap kelab miliknya itu akan menduduki ranking pertengahan kedudukan pasukan, namun kekal yakin kelab yang dibelinya pada 2010 itu akan kekal dalam EPL untuk tempoh yang lama.
"Melihat kepada prestasi satu lagi kelab milik warga Malaysia, Queens Parks Rangers (QPR) (kini bersaing dalam kejohanan Divisyen Satu), saya agak yakin kelab itu akan disenaraikan dalam EPL pada musim akan datang supaya kita dapat menyaksikan perlawanan 'Malaysian derby'," katanya secara berseloroh.
QPR adalah milik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Cardiff kini menduduki tangga ke-11 dalam carta kedudukan EPL dengan mengumpul lapan mata selepas enam perlawanan. - Sumber