Info Terkini :

Tengku Abdullah: Rasuah Bola Sepak Terkawal

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata unsur rasuah dalam bola sepak negara masih terkawal.

Sehubungan itu katanya tidak ada sebab untuk pihak tertentu membuat analisis sebaliknya hanya berasaskan insiden terkini membabitkan skuad bola sepak Perak.

"Jangan terlalu cepat melenting dan cepat menuduh. Kita tunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa. Jika ada bukti kukuh kita akan buat tindakan lebih drastik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada bola sepak negara dicemari rasuah susulan dakwaan wujud elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan bola sepak Perak baru-baru ini.

Media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan itu dan telah memanggil beberapa individu termasuk jurulatih pasukan Mohd Azraai Khor Abdullah bagi memberi keterangan.

Siasatan itu susulan laporan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Khairul Azwan Harun yang mahu SPRM dan polis menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia yang menyaksikan mereka tersingkir pada peringkat kumpulan. - Sumber

Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.