Info Terkini :

Harimau Muda Mahu Pertahan Emas Sukan Sea

KOTA BHARU - Beberapa siri perlawanan persahabatan membabitkan skuad Harimau Muda telah diaturkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha mempersiapkan pasukan untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar yang bermula 11-22 Disember ini.

Pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah berkata, aksi persahabatan tersebut membabitkan pasukan tempatan dan luar negara.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata, barisan pemain Harimau Muda sudah dipanggil untuk menjalani latihan pusat seperti biasa walaupun ada beberapa pemain masih terlibat dalam Piala Malaysia.

"Pemain yang terlibat dengan Piala Malaysia akan terus dipanggil sebaik sahaja pertandingan tersebut tamat.

"Kita jangkakan semua pemain ini akan dikumpulkan sepenuhnya selepas sahaja penglibatan mereka dengan pasukan senior pada pertemuan kelayakan Piala Asia menentang Qatar (19 November ) tamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Sekolah sekolah Daerah (MSSD) Kota Bharu dan Kota Bharu FA (KBFA) dekat sini semalam.

Pada edisi Sukan SEA lalu, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu membuktikan kejaguhan mereka apabila meraih ibu segala pingat iaitu pingat emas selepas menumpaskan Indonesia 4-2 menerusi sepakan penalti.

Afandi memberitahu, pasukan negara akan berlepas ke Myanmar pada 29 November ini dan proses pengundian dijadualkan berlangsung 6 Disember.

"Sepanjang tempoh 10 hari sebelum saingan bermula kita akan gunakan sebaik mungkin dalam usaha memperkemaskan lagi pasukan bagi menghadapi saingan tersebut," ujarnya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.