Info Terkini :

Harimau Malaya Ditangga Ke 160

Keputusan seri 1-1 Harimau Malaya menentang Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, Selasa lepas, telah mengubah kedudukan mereka dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari Khamis, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal naik satu anak tangga ke kedudukan ke-160 berbanding kedudukan bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163), Mei (161) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai serta Ogos (162).

Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Filipina (137), Thailand (143), Myanmar (149), Vietnam (151) dan Singapura (155).

Di peringkat Asia, Malaysia turut mengalami penurunan satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,513 mata.

Jerman yang berada di tangga ketiga sebelum ini, merampas semula tangga kedua daripada Argentina dengan pungutan 1,311 mata berikutan persembahan cemerlang mereka dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Negara Amerika Selatan itu pula menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 1,266 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.