Info Terkini :

42 Mohon Ganti Rajagobal, Hanya 4 Disenarai Pendek

Kuala Lumpur: Hanya empat daripada keseluruhan 42 jurulatih yang memohon untuk kerusi panas jawatan ketua jurulatih kebangsaan disenarai pendek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontraknya hujung tahun ini.

FAM bagaimanapun enggan mendedahkan nama empat calon yang disenarai pendek itu tetapi berdasarkan laporan media sebelum ini, bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier, bekas pengendali Singapura Radojko Avramovic, ketua jurulatih India, Bob Houghton dan bekas pengendali Liverpool Alex Miller antara nama besar yang memohon jawatan berkenaan.

"Kemungkinan 4 calon ini yang disenarai pendek"

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata, beliau mahu menemui kesemua calon yang disenarai pendek itu terlebih dulu.

“Terima kasih kepada mereka yang memohon dan menunjukkan minat untuk menggalas tugas sebagai jurulatih. Senarai pendek sudah saya terima dan saya perlu berjumpa mereka terlebih dulu,” katanya pada sidang media semalam.

Ditanya adakah tindakan FAM menyenarai pendek dan mahu menemui calon yang berminat itu menandakan karier Datuk K Rajagobal sebagai sudah berakhir selepas kontraknya tamat 31 Disember ini, Tengku Abdullah menafikannya.

“Kita tidak mahu membuat keputusan drastik. Biarlah Rajagobal melalui ujiannya dulu. Pastikan pasukan kebangsaan kita layak ke Piala Asia.

“Keputusan sama ada kita perlukan jurulatih baru atau sebaliknya bukan terletak di tangan saya seorang,” katanya.

Pelbagai spekulasi timbul berhubung pengganti Rajagobal dan antara nama besar yang dikaitkan untuk menggantikan tempatnya bekas penolong jurulatih kelab Liverpool Alex Miller dan legenda bola sepak Jerman Rudi Voller.

Tidak ketinggalan juga Philippe Troussier yang dikatakan hanya bersedia menerima jawatan itu andai tawaran pendapatan tahunan bernilai AS$1.52 juta (RM5 juta) atau dianggar memperoleh gaji bulanan AS$126,805 (RM416,000).

Sementara itu, mengenai final Piala Malaysia pada Ahad ini membabitkan pertembungan Kelantan dan Pahang, Tengku Abdullah berharap penyokong kedua-dua pasukan menjaga tingkah laku dan tidak mencetuskan situasi tegang.

“Jangan rosakkan aksi final malam itu. Sama-sama kita saksikan perlawanan berkualiti tanpa sebarang perkara tidak diingini.” - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.