Kuala Terengganu: Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, wakil kelab dari Singapura, Lions XII meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team hasil jaringan pemain sayap, Muhammad Faris Ramli pada minit ke-66.
Terdahulu, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-55 selepas penjaga gol mereka, Shahril Sa'ari dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohd Zohri Tajudin kerana melakukan kekasaran ke atas penyerang pasukan pelawat, Muhammad Sufian Anuar.
T-Team dan PKNS FC tersingkir ke saingan Liga Perdana 2015 selepas masing-masing menduduki tangga ke-11 dan 12 Liga Super. T-Team akan menentang Negeri Sembilan dalam playoff untuk kelayakan Piala Malaysia yang dijadualkan pada 28 Jun ini, jam 9.30 di Stadium Shah Alam,Selangor - Bernama