KUALA TERENGGANU: Biarpun pasukan T-Team telah tersingkir ke Liga Perdana musim depan namun kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan membubarkan dan terus mengekalkan pasukan berstatus kelab itu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya telah meminta Exco Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat menyediakan laporan lengkap berhubung pasukan itu sebelum tindakan selanjutnya diambil termasuk kemungkinan rombakan dilaksanakan.
Menurut beliau pihaknya akan terus memberi komitmen penuh terhadap T-Team termasuk menyalurkan peruntukan yang diperlukan pasukan tersebut.
"Kita akan mengambil keputusan selanjutnya selepas menerima dan menilai laporan tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci rumah di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada salah seorang penduduk, Wan Yusof Wan Abdul Rahman, 68, di Kampung Banggol Che Him, Alur Kuda, Seberang Takir, di sini, Khamis.
"Namun kita akan mengekalkan pasukan ini dan kita harap pasukan T-Team ini akan dimonopoli oleh anak Terengganu dan menjadi landasan kepada anak tempatan memperluaskan bakat dan kebolehan mereka agar berpotensi tinggi," katanya.
Pasukan 'The Titans' terpaksa melupakan saingan Liga Super apabila mencatatkan kekalahan 0-1 kepada Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Kekalahan tersebut menyaksikan pasukan T-Team sekadar menduduki tangga ke-11 Liga Super, sekali gus mengiringi PKNS ke Liga Perdana pada musim hadapan.
Ahmad Razif berkata menerusi kaedah baharu itu kelak, pasukan T-Team akan lebih mengutamakan dan memberi kelebihan kepada para pemain Terengganu.
Menurutnya adalah wajar untuk dilaksanakan semula konsep Divisyen Satu dan Divisyen Dua dalam T-Team bagi melatih bakat-bakat baharu menonjol ke arena yang lebih tinggi.
"Pemilihan daripada peringkat akar umbi akan dilakukan supaya pihak kita dapat mencari dan menggilap pemain-pemain berbakat dalam kalangan anak Terengganu di setiap daerah," katanya. - Bernama