Info Terkini :

Perlawanan Amal Skuad Penyu Dan Harimau Malaya

Jadual Perlawanan Persahabatan dan Amal Terengganu FA
ARENA bola sepak Terengganu bakal melakar sejarahnya tersendiri apabila menerima kunjungan skuad Harimau Malaya dalam aksi perlawanan amal yang dijadualkan berlangsung Rabu depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong berkata, ia merupakan julung kali skuad kebangsaan beraksi menentang skuad Penyu dan pihaknya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana sudi bekerjasama menjayakan perlawanan amal itu di bumi Darul Iman.

Menurutnya, perlawanan amal itu merupakan salah satu program kemasyarakatan persatuan yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik menerusi dana kutipan tiket perlawanan.

“Kami (PBSNT) berasa bertanggungjawab untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini dengan mengatur perlawanan amal sebagaimana dilakukan tahun lalu bagi membantu mangsa banjir.

“Perlawanan amal ini merupakan satu cara yang boleh kita buat untuk mencari dana bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa warga bola sepak negeri dan kebangsaan turut bersimpati terhadap golongan yang memerlukan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Wisma Seri Amar, yang turut dihadiri setiausaha agungnya, Arpin Deraman dan ahli jawatankuasa eksekutif, Ali Embong, semalam.

Difahamkan perlawanan amal yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam itu, tiket dijual pada harga RM30 bagi tempat duduk berbumbung dan RM10 terbuka. - SINAR HARIAN
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.