Info Terkini :

Manfaat Cuti Sebulan Pulihkan Prestasi Pemain

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih skuad Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mahu memanfaatkan tempoh cuti kira-kira sebulan sebelum saingan suku akhir Piala Malaysia bermula, bagi memperbaiki prestasi anak buah.

Beliau berkata, ini sebagai persediaan untuk Terengganu yang menduduki tangga kedua Kumpulan B bertemu juara Kumpulan C Johor Darul Takzim (JDT) kelak.

"Saya yakin sekiranya kita dapat mengalahkan JDT di peringkat suku akhir nanti, tidak mustahil kita mampu melangkah ke final tahun ini," katanya.

Mengenai keputusan seri 0-0 ketika menentang Sarawak di tempat sendiri malam kelmarin, beliau berkara ini ekoran jentera serangan yang tumpul walaupun melakukan serangan bertali arus ke gol lawan.

Malah katanya pemain Terengganu tidak cukup rehat dan letih setelah mengharungi enam perlawanan dalam tempoh tiga minggu. - BERNAMA
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.