Ipoh: Perak gagal menggunakan kelebihan tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Ipoh, malam tadi.
Ketika kemenangan tampak berada dalam tangan, kelekaan pemain The Bos Gaurus membolehkan Ahmad Nordin Alias menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat perlawanan.
foto: Dunia Sukan
Begitupun keputusan seri itu nyata adil buat kedua-dua pasukan yang gagal menggunakan peluang menjaringkan gol.
Perak walaupun tidak bermain cemerlang mendahului pada minit 47 apabila Vincent Bikana tertampan bola hantaran lintang Hafiz Ramadan.
Begitupun anak buah Abdul Rahman Ibrahim yang menang 2-1 di Kuala Terengganu, Sabtu lalu bangkit untuk menekankan tuan rumah.
Perak hanya boleh menyalahkan diri sendiri berikutan kegagalan itu apabila peluang terhidang gagal disudahkan.
Malah malam tadi nyata bukan milik Milan Purovic apabila dia gagal menyudahkan beberapa peluang selain rembatannya diselamatkan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.
Terengganu juga mendapat peluang menggegarkan gawang, tetapi Ashari Samsudin dan Mohd Khairul Ramadhan gagal menterjemahkan peluang itu menjadi gol. - Harian Metro