ATAS kerja Terengganu dilihat tidak berdepan dengan sebarang masalah melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini berdasar rekod perlawanan bersama pasukan yang diundi dalam Kumpulan B iaitu Sarawak, Perak dan Kedah.
Ini kerana, pencapaian Terengganu ketika ini berada di landasan terbaik berbanding dua tahun lalu apabila sekadar berada di tangga kelima (2012) dan kesembilan (2013) manakala tempat keempat selepas menamatkan aksi Liga Super musim ini sekali gus berjaya mengetuai undian bagi kumpulan B.
UNDI TEPAT
Keputusan undian itu juga melahirkan harapan yang tinggi buat penyokong skuad Penyu untuk melihat pasukan menjulang satu piala dalam kempen Liga Malaysia musim ini selepas terkandas di peringkat pusingan kedua Piala FA Februari lalu dan tempat keempat saingan
Liga Super yang melabuhkan tirainya 23 Jun lalu dengan menewaskan musuh tradisi, Kelantan 3-2.
Apa yang pasti, kem Terengganu sekali lagi menagih ‘magis’ pengendali berpengalaman, Abdul Rahman Ibrahim untuk membimbing Penyu dalam merealisasikan impian membawa pulang piala berprestij itu ke bumi Darul Iman selepas kali terakhir pada 2001.
Kali terakhir Terengganu beraksi dalam pentas final Piala Malaysia dan muncul naib juara tiga tahun lalu ketika di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, namun tewas kepada Negeri Sembilan 1-2.
BISA SIFU
Kredibiliti bekas pengendali skuad kebangsaan itu sememangnya tidak dapat dipertikaikan apabila ketua jurulatih berusia 68 tahun itu pernah membawa Terengganu muncul di pentas final dan meraih gelaran naib juara pada tahun 1998 dan membantu Perlis menjuarai Piala Malaysia pada 2006.
Malah, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid turut melahirkan keyakinan anak didik Abdul Rahman mampu melakukan kejutan menamatkan penantian selama 13 tahun untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.
Jelasnya, Terengganu mempunyai peluang terbaik melayakkan diri ke pusingan suku akhir dan mengharapkan pemain berjaya memanfaatkan kelebihan tersebut melangkah ke pentas final nanti berdasarkan undian.
"Semua ini berdasarkan rekod perlawanan yang seimbang antara kedua-dua pasukan iaitu Sarawak dan Perak dalam aksi Liga Super, serta mengharapkan Terengganu mampu menamatkan ‘badi’ kekalahan terhadap pasukan tangga keempat Liga Perdana, Kedah.
Apa pun Wan Ahmad Nizam menuntut anak buah Abdul Rahman itu mampu memberikan komitmen terbaik mereka pada aksi peringkat kumpulan sekali gus menjadikan Piala Malaysia sebagai sandaran untuk mengubat duka penyokong setia Penyu, selepas Terengganu terlepas peluang untuk meraih gelaran juara dalam aksi Piala FA dan Liga Super musim ini.
CERGAS SEMUA
Selain Presiden, Pengurus Pasukan Terengganu, Marzuki Sulong turut melahirkan pendapat yang sama dan menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan Terengganu untuk mengembalikan semula kegemilangan skuad Penyu sebagaimana dilakarkan pada 2011 apabila muncul juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia.
"Kem Terengganu kini giat mempersiapkan diri menjelang sepak mula yang dijadualkan pada 13 Ogos nanti dengan melakukan sesi latihan secara intensif setiap hari kecuali Jumaat di sebelah malam sepanjang bulan Ramadan dan bakal merangka beberapa perlawanan selepas Aidilfitri nanti dalam usaha memantapkan lagi pasukan.
"Sasaran awal Terengganu berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan seterusnya berusaha melayakkan diri ke pentas final musim ini dan percaya anak buah Abdul Rahman mampu melaksanakannya dengan baik serta cemerlang memandangkan kesemua pemain kini bebas dari kecederaan," katanya. - Sinar Harian