Info Terkini :

Azlan Johar Ikut Langkah Azraai Khor Letak Jawatan

Kuala Terengganu: “Saya masih sayang dan berminat menjadi jurulatih, tapi apakan daya jodoh bersama The Titans berakhir hari ini (semalam),” kata Azlan Johar yang meletak jawatan sebagai penolong jurulatih T-Team secara rasmi semalam.

Bekas pemain Terengganu itu berkata, kegagalan membimbing T-Team bersama Mohd Azraai Khor Abdullah menjadi punca utama beliau meletak jawatan.

“Hati saya berat meninggalkan T-Team selepas bersama pemain sejak Ogos tahun lalu, tapi atas rasa tanggungjawab saya perlu berkorban untuk mencari haluan baru musim depan,” katanya yang mengharapkan ada pasukan lain melamarnya sebagai jurulatih selepas ini.



Pada 25 Julai lalu, Mohd Azraai Khor membuat keputusan mengejut apabila meletak jawatan sebagai ketua jurulatih selepas kecewa dengan pihak pengurusan selain laporan akhbar yang mengaitkan beliau ponteng sesi latihan tanpa sebab.

Azlan yang mendapat lesen kejurulatihan Kelas A pada usia 30 tahun turut mengakui belum puas untuk menjadi jurulatih biarpun terpalit dengan insiden ‘Terowong Larkin’ pada Februari lalu hingga beliau bersumpah dengan menggunakan al-Quran. - Harian Metro & Astro Arena
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.