Info Terkini :

Anuar Atau Elavarasan Jurulatih Baru T-Team ?

Kuala Terengganu: T-Team kini 'pening' membuat pilihan sama ada mahu memilih Anuar Abu Bakar atau  E Elavarasan sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Azraai Khor Abdullah untuk mengharungi kempen Piala Malaysia.

Difahamkan, dua calon itu pilihan terakhir selepas ketua jurulatih kelab Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) FC, Yunus Alif tidak berminat untuk membimbing The Titans kerana mahu kekal dengan kelab di Pulau Mutiara itu.

Jika mengikut rekod, Elavarasan memiliki kelebihan dan pengalaman membimbing beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) berbanding Anuar yang membabitkan diri dalam bidang kejurulatihan sebagai penolong jurulatih kepada Abdul Rahman Ibrahim bersama PKNS FC.

Fokus hadapi Selangor

Ketua Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain, berkata pihaknya perlu mengambil sedikit masa lagi dan akan membuat keputusan tepat dalam pemilihan ketua jurulatih pasukan itu.

Katanya, pihaknya yakin kemelut ketua jurulatih pasukan itu tidak memberi kesan dan mengganggu persiapan pasukan mengharungi kempen Piala Malaysia yang diundi bersama Selangor, Sime Darby dan PDRM dalam kumpulan D.
“Persiapan pasukan T-Team seperti biasa di bawah jurulatih skuad Piala Presiden, Azhari Salim dan kita lihat pemain begitu bersungguh-sungguh dalam latihan.

“Saya harap, pemain tidak memikirkan masalah yang dihadapi sebaliknya memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya untuk perlawanan pembukaan menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Rabu ini,” katanya di sini, semalam. - Berita Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.