Info Terkini :

Abdul Manaf, Norfarhan Sandaran Skuad Penyu

Kuala Terengganu: Penggempur tempatan yang juga pemain kebangsaan, Abdul Manaf Mamat dan Norfarhan Muhamad menjadi taruhan Terengganu untuk merobek gawang Sarawak apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Selain kedua-dua penyerang itu, pemain berpengalaman Mohd Ashari Samsuddin dan kapten Zairo Anuar Zailani turut disandarkan untuk menghasilkan jaringan selepas Moustapha Dabo, 28, dari Senegal kurang menyengat manakala seorang lagi pemain import, Javier Andres Estupinan, 30, dari Colombia tidak dibawa ke Kuching.

Jurulatih Abdul Rahman Ibrahim berkata, peningkatan prestasi pemain tempatan terutama ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan melegakannya dan beliau tidak menolak pemain tempatan bakal mengetuai barisan depan. - Harian Metro
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.