KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) optimis pasukan negeri kendalian Abdul Rahman Ibrahim mampu menempah slot suku akhir Piala Malaysia 2014 yang membuka tirai pada 13 Ogos ini.
Selepas terpaksa melupakan sasaran Liga Super dan Piala FA musim ini, keupayaan Terengganu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini nyata semakin sukar.
Dengan hanya tinggal satu piala untuk direbut iaitu Piala Malaysia yang bakal membuka tirai 12 Ogos ini, tidak banyak pihak menyandarkan harapan kepada anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim yang prestasinya dilihat terumbang-ambing khususnya ketika penghujung saingan liga tempoh.
Pun begitu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid percaya masih ada `sinar di hujung terowong' buat skuad Penyu itu untuk membawa pulang kejuaraan yang kali terakhir mereka menangi 13 tahun yang lalu itu.
"Kita rasa, kita mempunyai peluang selepas diundi bertemu dengan Sarawak, Perak dan Kedah dalam satu kumpulan.
"Maknanya peluang tu adalah untuk kita pergi ke suku akhir Piala Malaysia nanti.
"Justeru, kita harap pemain akan bermain bermati-matian supaya dapat pergi ke pentas final.
"Semoga ada keajaiban buat pasukan Terengganu dalam aksi Piala Malaysia kali ini," katanya.
Terengganu sebenarnya mempunyai ramai pemain hebat seperti Nor Farhan Muhammad, Ashaari Samsudin, Zairo Anuar Zailani, Ismail Faruqi dan Abdul Manaf Mamat.
Ketika diminta mengulas mengenai peluang satu lagi pasukan dari Terengganu iaitu T-Team yang diundi bersama Selangor, PDRM serta Sime Darby, Wan Ahmad Nizam enggan meletakkan sasaran tidak realistik.
Katanya, T-Team terpaksa merintis laluan penuh berliku untuk layak ke peringkat kalah mati apatah lagi lawan mereka khususnya Selangor dan PDRM turun dengan reputasi tinggi iaitu selaku naib juara Liga Super serta juara Liga Perdana musim ini.
"Jadi, saya tidak menjangkakan pasukan ini (T-Team) akan pergi jauh. Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan bahawa T-Team dapat bersaing bermati-matian iaitu setidak-tidaknya melepasi peringkat kumpulan," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, nasib Mohd. Azraai Khor Abdullah sama ada masih kekal selaku pengendali T-Team atau tidak selepas pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang dijadualkan pada 21 Julai ini.
"Jika diikutkan, memang kita kecewa dengan prestasi T-Team kerana gagal mempertahankan kedudukan dalam saingan Liga Super dan turun ke Liga Perdana musim depan," ujarnya. - Bernama