Info Terkini :

Azraai Khor Realistik, Sasar Suku Akhir Piala Malaysia

PENGENDALI T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi menjelang sepak mula Piala Malaysia yang bermula 13 Ogos depan.

Sebaliknya bekas jurulatih Kedah dan kebangsaan itu mahu bersikap lebih realistik apabila sekadar menyasarkan peringkat suku akhir.

"Kalau ikutkan hati, memang saya mahu pasukan melangkah sejauh mungkin, namun kita (T-Team) harus berpijak di bumi yang nyata.

"Saya tidak mahu meletak sasaran tidak realistik kerana kita diundi dalam kumpulan yang sukar.

"Kita layak pun menerusi playoff dan prestasi di Liga Super macam yo-yo, jadi kalau T-Team dapat ke suku akhir itu boleh dikira bonus buat pasukan.

"Apa pun, saya dan pemain akan cuba buat yang terbaik," katanya semalam.

Untuk saingan kali ini, The Titans diundi dalam Kumpulan D bersama juara 32 kali, Selangor, PDRM (juara Liga Premier) dan Sime Darby FC (finalis Piala FA 2012).

Mengulas lanjut mengenai persiapan pasukan, Azraai memberitahu mereka tetap meneruskan sesi latihan sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, latihan yang bermula sejak 6 Julai lalu itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu petang dan malam.

"Latihan tetap dijalankan. Cuma latihan sesi petang pemain nampak tidak bermaya berbanding sebelah malam.

"Bagi memantapkan lagi pasukan, T-Team akan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Malaysia bermula," katanya.

Menurut Azraai, lawan yang bakal menjadi rakan sparing mereka ialah Pahang di Kuala Terengganu Sabtu ini, disusuli Kelantan (26 Julai) dan Felda United (8 Ogos) tertakluk kepada sebarang perubahan.

Katanya lagi, selain aksi persahabatan, beliau turut memantau tujuh pemain daripada skuad Piala Presiden untuk diserap ke dalam skuad utama.

"Semua pemain ini saya akan nilai dalam sesi latihan dan sepanjang aksi persahabatan," ujar Azraai.

Untuk rekod, T-Team sekadar menamatkan kempen musim lalu di peringkat kumpulan. - Sinar Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.