Info Terkini :

Skuad Penyu Lebur Hasrat The Red Warriors

Kota Bharu: Kelantan kempunan untuk menghuni tangga keempat Liga Super selepas tewas 2-3 kepada Terengganu di Stadium Muhammad IV di sini, malam tadi.

Pasukan The Red Warriors (TRW) yang mendahului 2-0 pada babak pertama longlai selepas rehat apabila pertahanan Hussein Alaa dan pemain tengah, Brendan Gan terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Pada separuh masa pertama, Kelantan bermula garang apabila mengasak kubu lawan dan memperoleh gol pertama menerusi penyerang Ahmad Fakhri Saarani seawal minit ketiga sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-27 menerusi Mohd Khairul Izwan.

Selepas itu pasukan tuan rumah mula memperlahankan rentak apabila pemain dilihat banyak bertukar-tukar hantaran sesama sendiri.

Bersambung babak kedua, Manaf Mamat menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-74 sebelum meledak gol penyamaan empat minit kemudian.

Kelekaan pertahanan pasukan tuan rumah sekali lagi dihukum menerusi jaringan bekas pemain Kelantan, Nor Farhan Mohd pada minit ke-80 dan kedudukan 3-2 itu kekal hingga tamat perlawanan. - myMetro
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.