Info Terkini :

Shukur Tidak Kisah Diejek Penyokong Terengganu

PEMAIN kelahiran Terengganu yang menyarung jersi Selangor, Abdul Shukur Jusoh menegaskan, dia kini terdesak untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini.

Apa yang pasti, Shukur menyedari kelibatnya bakal menjadi ancaman oleh penyokong-penyokong Terengganu ketika skuad Gergasi Merah berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi Liga Super, Selasa ini.

Shukur nyata tidak asing buat peminat-peminat skuad Penyu biarpun sekadar menabur bakti bersama Terengganu selama setahun sebaik tamat berkhidmat bersama Harimau Muda A pada 2011 lalu.

Begitupun, pemain berusia 25 tahun itu menegaskan, sentimen bersama Terengganu sudah dilupakannya sebagaimana dia tekad untuk membantu Selangor mengekalkan status sebagai pendahulu liga pada aksi tersebut.

“Saya harus bersikap profesional. Majikan saya adalah Selangor meskipun saya anak kelahiran Terengganu.

“Provokasi mahupun ejekan penonton adalah lumrah biasa bagi pemain bola sepak. Jadi, saya tidak kisah dengan perkara itu,” katanya

Shukur mengakui dia masih berkawan dengan pemain-pemain Terengganu tetapi dalam aksi nanti, Selangor adalah keutamaannya.

“Kami kini berada dalam landasan terbaik untuk menjulang gelaran Liga Super. Begitupun, Terengganu juga adalah salah satu pencabar utama kami pada musim ini.

“Biarpun beraksi di gelanggang lawan, saya yakin pasukan Selangor akan memastikan kemenangan di sana bagi usaha menjarakkan mata dalam baki lima perlawanan sahaja lagi,” ujarnya.

Tambah Shukur, dia turut menggesa rakan-rakan sepasukan agar sentiasa berwaspada dengan kelincahan dua tonggak berbisa skuad Penyu, Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.

Ini kerana, dia mengakui cukup arif dengan kebolehan dua pemain ini yang dilihat mampu mengecewakan Selangor ketika bertandang ke Kuala Terengganu kelak.

“Meskipun Manaf yang baharu pulih daripada masalah kecederaan tetapi dia tetap berbisa dengan sentuhan jaringannya.

“Begitu juga kelincahan Ashaari yang sentiasa memberikan masalah kepada benteng pasukan lawan.

“Saya berharap Selangor akan berdisiplin dan sentiasa mengekang pergerakan pasukan lawan dalam aksi menentang Terengganu nanti,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.