Info Terkini :

Penutup Liga, Kelantan Mahu Tewaskan Terengganu

KOTA BAHARU: Kapten bola sepak Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi mahu pasukan itu menutup saingan Liga Super musim ini pada kedudukan keempat dengan menewaskan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, Rabu ini.

Mohd Badri yang lebih mesra disapa Piya, mahu rakan-rakan sepasukannya memberi aksi terbaik pada perlawanan itu untuk mengembalikan keyakinan penyokong kepada pasukan The Red Warriors yang kini di kedudukan kelima liga.

"Kita hendak menang bagi mendapatkan tempat terbaik dalam liga dan kemenangan ini amat penting bagi mengembalikan keyakinan penyokong," katanya ketika di hubungi di sini Isnin.

Beliau berkata pemain import Kelantan, Mohamad Shawky Aly tidak dapat beraksi pada perlawanan terakhir saingan Liga Super itu.

"(Pemain pertahanan) Mohd Farisham Ismail juga mungkin tidak dapat beraksi kerana masih mengalami kecederaan iaitu patah hidung," katanya.

Mohd Badri turut meminta rakan sepasukan berwaspada dengan aksi penyerang Terengganu, Mohd Nor Farhan Muhammad, Abdul Manaf Mamat dan Mohammad Ashaari Samsudin yang mampu memberi masalah bagi pertahanan Kelantan.

Kelantan yang mengumpul 31 mata setakat ini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga Johor Darul Takzim.

Manakala Terengganu juga berhasrat mencuri mata di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk berada dikelompok empat terbaik Liga Super kerana mahu selesa pada undian Piala Malaysia nanti. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.