Info Terkini :

Terengganu Ikat Selangor Di Shah Alam

SHAH ALAM: Selangor terlepas peluang untuk memintas Pahang di persada liga apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Terengganu pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Selangor gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri dengan berkongsi mata, sekali gus menghuni tangga kedua liga.

Walaupun berkongsi 28 mata dengan Pahang namun perbezaan jaringan meletakkan pasukan Gergasi Merah itu di tempat kedua saingan liga selepas 14 perlawanan.

Terengganu pula dengan 24 mata memintas Sarawak selepas mendapat kemenangan percuma ke atas Kelantan tempoh hari dengan tambahan 2 mata.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang dengan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja perlawanan bermula.

Skuad Penyu hampir berada di hadapan pada minit ke-21 namun tandukan pemain import dari Colombia, Javier Andres Estupinan Romero hasil sepakan percuma Ismail Faruqi Ashari ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias.

Percubaan pemain tengah Terengganu, Mohd Ashaari Samsudin, lapan minit kemudian hanya sedikit melepasi pintu gol Selangor.

Kapten Mohd Bunyamin Umar hampir meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan pada minit ke-31 namun sepakan lemah beliau terus ke dakapan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

Pada babak kedua, Terengganu dilihat lebih banyak mengasak dan hampir mendahului pada minit ke-49, namun Javier Andres mempersiakan peluang ketika berhadapan dengan Mohd Farizal selepas percubaannya tersasar.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menggantikan A.Thamil Arasu dengan Muhammad Nazmi Faiz pada minit ke-60 bagi memantapkan jentera serangan namun ia tidak mengubah kedudukan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.