Info Terkini :

Sikap Ejen Punca T-Team Gagal Ikat Anelka

Kuala Terengganu: Sikap acuh tidak acuh ejen dan tuntutan gaji yang tinggi memaksa pasukan T-Team melupakan terus hajat mengikat bekas penyerang kebangsaan Perancis, Nicolas Anelka.

Selain itu, faktor acuh tak acuh ejen pemain itu dalam perbincangan dengan pihak pengurusan mendorong The Titans memutuskan menutup terus pintu buat penyerang berusia 35 tahun itu.

Ejen tak setuju 

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syarizan Mohd Zain, berkata pada dasarnya pihaknya sudah bersetuju dengan permintaan bayaran yang diminta ejen bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Bromwich Albion itu.

Apa pun, katanya selepas T-Team bersetuju dengan gaji yang diminta, ejen terbabit pula tidak bersetuju dengan mengenakan syarat dan permintaan gaji yang lebih tinggi.

"Pada rundingan awal, kami sudah bersetuju dengan permintaan gaji yang dipohon ejen Anelka.

“Bagaimanapun, ejen terbabit kemudian mendiamkan diri kerana kami difahamkan ketika itu mereka turut berbincang dengan kelab dari Brazil, Atletico Maneiro.

"Kita berasakan ejen Anelka ini cuba bermain tarik tali dengan kami dan kita sudah rasakan yang mereka tidak ada komitmen untuk datang bermain dengan T-Team," katanya yang enggan mendedahkan jumlah tuntutan gaji yang diminta ejen Anelka itu.

Mengulas lanjut, Syahrizan berkata pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah kini sudah melengkapkan kuota apabila mengikat tiga pemain import baru.

"Tiga pemain yang sah menyertai T-Team ialah Leandro Dos Santos dari Brazil dan Jimmy Mulisa (Rwanda) dan seorang lagi pertahanan kelahiran Australia, Goran Subara untuk menggantikan Fabio Flor.

"Kami percaya tiga pemain baru serta Patrich Wanggai mampu merubah permainan dan kedudukan T-Team," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.