Info Terkini :

PBSNT Bersemuka Dengan Pemain Hari Ini

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak menolak kemungkinan mengambil langkah drastik termasuk menamatkan khidmat jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim dan T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah berikutan prestasi hambar dipamerkan kedua-dua pasukan musim ini.

Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi memulihkan kemerosotan pasukan dan sudah mengarahkan pengurusan kedua-dua pasukan meneliti segala aspek termasuk mutu kejurulatihan.

“Saya sudah arahkan pengurusan pasukan mengambil serius perkara ini.

Jika keputusan dua atau tiga perlawanan lagi tidak bagus, kita akan mengambil tindakan.

“Antaranya termasuk memanggil jurulatih, merehatkan dan mungkin menukar (jurulatih), ia bergantung kepada keadaan,” katanya ketika ditemui wartawan di Majlis Perjumpaan Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukan Malaysia Ke-17 2014 Perlis Bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Mesyuarat Pengurusan PBSNT diadakan semalam bagi meneliti dan mengarahkan beberapa perkara, diikuti pertemuan dengan seluruh pemain Terengganu, pagi ini.

“Kemerosotan prestasi kedua-dua pasukan sangat mendukacitakan seluruh pengurusan, penyokong dan juga peminat apatah lagi Terengganu pernah berada di takhta liga ketika awal saingan,” katanya.

Wan Ahmad Nizam berkata, teguran sudah dibuat kepada pengurusan dan pemain, bagaimanapun PBSNT masih memberi 'ruang' supaya semua pihak memperbetulkan kelemahan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, fokus kini lebih terarah kepada prestasi skuad Penyu yang mula merudum sejak tewas 2-1 kepada Sarawak diikuti seri 2-2 dengan PKNS FC.

Terbaru, mereka tumpas kepada pasukan tercorot Perak 0-2 di laman sendiri, Sabtu lalu.

Terengganu akan menentang pasukan tangga kedua Selangor di Stadium Shah Alam apabila kancah Liga M bersambung semula 4 Mei ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.