Info Terkini :

Terengganu Siap Sedia Tukar Pemain Import


Kuala Terengganu: Meskipun berada di puncak carta Liga Super selepas mengharungi enam perlawanan dengan meraih  13 mata, kekuatan skuad Penyu masih belum ampuh khususnya jentera serangan dalam merealisasikan  membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala dalam kempen Liga Malaysia ke bumi Terengganu musim ini.

Selain awang import, Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman turut memaklumkan rombakan juga membabitkan pemain tempatan yang tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).

Bagi skuad kendalian Abdu Rahman Ibrahim dua penyerang import yang kini perlu membuktikan kemampuan mereka adalah pemain Guine, Mamadou Hardy Barry dan Marcio Souza (Brazil) apabila nama kedua-dua penyerang ini dikaitkan bakal digugurkan.

Lebih meyakinkan pengurusan kini dikatakan telah memiliki sembilan pemain bakal diuji dalam tempoh terdekat antaranya pemain import dari Senegal, Mustafa Dabo, Jamie Brangca (Portugal), Marvin Ogunjimi (Belgium), Loic Lumbilla (Perancis), Micheal Misfud (Malta), Javier Estupinan (Colombia), Rafeal Santiago Maria (Brazil), Stephen Makinwa, (Nigeria) dan Jhon Jairo Falacious (Colombia).

Manakala dua lagi penyerang T-Team bakal menerima nasib yang sama adalah pemain kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan bekas pemain pasukan Pasipura Jayapura, Patrich Wanggai. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.