Info Terkini :

Rombak Kesebelasan Utama Menentang ATM

Kuala Terengganu: Berang dengan prestasi hambar dua penyerang import Mamadou Hady Bary dan Marcio Souza, pendahulu Liga Super, Terengganu akan melakukan rombakan bagi memastikan misi tiga mata bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini tercapai.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, rombakan pemain import itu perlu bagi mengelak terus dikecewakan lawan selepas tewas kepada Sime Darby.

“Hasil perbincangan dengan jurulatih, kami juga akan merombak pemain tempatan.

Mereka yang gagal bermain baik ketika pertemuan dengan Sime Darby akan direhatkan,” katanya.

Mengenai rungutan peminat yang menyatakan Abdul Rahman Ibrahim sudah kering idea ketika Terengganu tewas 2-3 kepada skuad bimbingan Ismail Zakaria, Marzuki berharap peminat bersabar dan memberi peluang kepada ketua jurulatih itu mencongak strategi baru.

“Kadang-kala kita perlu menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Bagaimanapun kami sudah berbincang dan hasilnya, beberapa pemain akan ditukar ketika menentang ATM nanti.

“Saya berharap dengan perubahan itu, corak permainan akan lebih mantap,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman percaya anak buahnya mampu bermain lebih baik berbanding Sabtu lalu walaupun mengakui pertemuan malam ini sukar kerana lawan juga hebat.

“Pemain perlu mencari gol awal untuk memberi tekanan selain tidak melakukan kesilapan yang boleh mengundang gol,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.