Info Terkini :

Pemain Import Bahagian Serangan Terengganu Tak Hebat!

Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagaikan hilang sabar terhadap dua penyerang importnya, Mamadou Hady Bary dari Guinea dan Marcio Souza (Brazil) terutama selepas gagal membantu pasukan menewaskan Sime Darby, kelmarin.

Lebih mengecewakan, penyerang dari Guinea itu gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Terengganu tewas 2-3 kepada pendatang baru Liga Super itu.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, kegagalan dua penyerang import itu beraksi dengan baik mencetuskan persoalan bukan hanya kepada peminat malah pihak pengurusan.

“Sebagai pemain profesional, mereka sepatutnya memperagakan aksi terbaik bagi membantu pasukan tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan.

“Kekalahan ini boleh saya simpulkan berpunca daripada ketidakupayaan dua pemain import itu beraksi dengan baik selain tidak berfungsi sebagai penyerang untuk meledak jaringan.

“Ini masalah besar Terengganu hingga corak diterapkan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim kurang efektif biarpun deretan peluang dimiliki kedua-dua pemain,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.