Marang: Empat pemain import T-Team dan dua pemain import Terengganu kini berada dalam zon penyingkiran sekiranya masih gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sehingga jendela perpindahan kedua pemain import dan tempatan yang dibuka mulai 23 Mac ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, kegagalan enam pemain import berkenaan menyebabkan PBSNT tidak ada pilihan selain melakukan rombakan dengan menggantikan pemain baru untuk memantapkan pasukan.
“Kita ambil pemain import ini untuk menambah sengat pasukan, apatah lagi sasaran musim ini sekurang-kurangnya membawa pulang satu trofi, namun ketumpulan dan kegagalan pemain import beraksi dengan baik mengecewakan PBSNT.
“Justeru, kami berhasrat untuk menukarkan semua mereka daripada skuad Terengganu dan T-Team dalam misi membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Nizam berkata, sekiranya mereka berupaya memperagakan aksi mantap dalam baki lima perlawanan sehingga hujung bulan ini, PBSNT akan berbincang semula keputusan itu.
T-Team yang kini menghuni tangga terbawah liga mengikat empat pemain import termasuk dua dari Brazil, Fabio Flor De Azevedo dan Evaldo Rodriguez Goncalves serta pemain dari Chile, Nelson San Martin dan penyerang Indonesia Patrick Steve Wanggai.
Bagi Terengganu yang berada di tangga teratas liga, dua penyerangnya Mamadou Hady Bary dari Guinea dan Marcio Souza (Brazil) akan digantikan dengan pemain baru manakala pemain kelahiran Australia Mario Karlovic dan pertahanan Cameroon Vincent Bikana kemungkinan dikekalkan.
Mengenai pemain baru yang akan disenaraikan dalam skuad T-Team dan Terengganu, beliau berkata setakat ini kedua-dua pengurusan pasukan berkenaan giat mengintai pemain untuk diserapkan dalam pasukan.
“Setakat ini saya belum dapat mengesahkan nama dan negara kerana masih dalam proses pengujian, namun saya mengharapkan mereka lebih baik daripada yang ada sekarang,” katanya.
Beliau berkata pemain tempatan juga berdepan rombakan agar kedua-dua pasukan terus bersaing dalam kancah liga dan Piala Malaysia. - Sumber