Info Terkini :

Evaldo Rodrigues Mahu Lupa Detik Hitam

NYATA insiden ‘Terowong’ di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin awal bulan lalu sedikit menjejaskan konsentrasi penyerang kelahiran Brazil, pasukan berstatus kelab, T-Team dalam memburu jaringan selepas kejadian itu.

Begitu pun, Evaldo Rodrigues mahu melupakan detik hitam itu dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aksi di dalam padang bagi membantu skuad The Titans keluar daripada kedudukan tercorot Liga Super sebaik baki perlawanan bersambung 8 Mac ini.

RASAI TEKANAN

Mengakui insiden ditumbuk itu masih menghantuinya, Evaldo enggan menjadikan ia sebagai penghalang untuk terus memberikan aksi terbaik terutamanya dalam mencari jaringan kemenangan buat pasukannya.

“Sememangnya selepas kejadian itu, prestasi sedikit terjejas dan serba tidak menjadi kerana dalam fikiran asyik memikirkan insiden itu. Bagaimanapun, sekarang kembali bersemangat kerana bukan sahaja mendapat sokongan pelbagai pihak di sini, khususnya peminat, malah kedutaan Brazil yang datang bertanya khabar.

“Fokus sekarang membantu pasukan dan matlamat utama adalah memastikan T-Team bangkit memperbaiki kedudukan liga,” katanya.

MAHU BUKTIKAN

Justeru,  ekas penyerang kelab Vietnam, Hoang Anh Gia Lai FC itu berjanji mempamerkan persembahan terbaiknya sekali gus membantu The Titans meraih kemenangan pada pertemuan dengan Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Selepas mengharungi lima perlawanan aksi saingan Liga Super, penyerang berusia 33 itu masih buntu dalam menjaringkan sebarang gol dan menganggap ia sebagai cabaran getir buat dirinya untuk terus menamatkan kemarau jaringan sekali gus membalas kepercayaan yang diberikan pengendali pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah.

TETAP YAKIN

Meskipun tertekan dengan senario itu namun beliau tetap menaruh keyakinan tinggi untuk menamatkan kemarau gol apabila saingan Liga Super bersambung kembali 8 Mac nanti.

“Buat masa ini saya sedang berusaha mencipta jaringan sebagaimana diharapkan ketua jurulatih, pengurusan dan peminat. Saya cuba buktikan pada pertemuan menentang Sarawak nanti.

“Buat masa ini kami pun sedang mempersiapkan diri dengan beberapa perlawanan persahabatan termasuk dua lagi perlawanan di Indonesia pada 1 dan 4 Mac nanti,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.