Info Terkini :

Aksi Longlai T-Team Titans Undang Padah

AKSI longlai pemain T-Team ternyata menjadi punca kekalahan 1-3 di tangan PKNS FC dalam aksi Liga Super, malam kelmarin.

Pengendali The Titans, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kebanyakan pemainnya beraksi di bawah keupayaan sebenar.

Azrai berkata, pemainnya kerap melakukan kesilapan terutamanya membenarkan jaringan kedua daripada kapten pasukan PKNS, Helmi Remeli sebelum berakhir separuh masa pertama.

Jelasnya, beberapa kesilapan mudah juga dipamerkan oleh barisan pemain The Titans pada babak kedua perlawanan.

“Jika dilihat, jaringan PKNS adalah jaringan yang mudah. Ini kerana kami bermain dengan longlai dan ia memakan diri sendiri.

“Semua bahagian diibaratkan tidak berfungsi dan kami bermain tidak agresif seperti selalu,” katanya.

Bekas pengendali Perak itu juga mengakui, penyerang importnya, Evaldo Rodrigues tidak menyumbangkan hasil yang diharapkan dalam perlawanan tersebut.

Dalam aksi tersebut, PKNS mencatatkan kemenangan selesa, 3-1 di Stadium Selayang.

Tiga gol PKNS FC dijaringkan oleh Shahrul Azhar Ture pada minit ketujuh, Helmi (m-45) dan Khairu Azrin Khazali (m-60) manakala gol tunggal The Titans disumbangkan oleh Mohd Mazuki Yusof (m-29).

“Saya kecewa kerana kami gagal membawa pulang sebarang mata namun PKNS bukan pasukan yang mudah untuk ditumpaskan,” kata Azraai. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.