Info Terkini :

T-Team Putar Cerita Sebenar ?


Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Cesar Ferrando Jimenez semalam membuat laporan polis berhubung insiden di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu.

Peguam dilantik Johor DT, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral itu bertujuan menjelaskan perkara sebenar membabitkan insiden berkenaan.

Katanya, dalam laporan itu, Jimenez mendakwa beliau menjadi mangsa serangan jurulatih kecergasan T-Team Stefano Impagliazzo dan pemain import T-Team Evaldo Rodrigues.

“Jimenez sudah membuat laporan polis menyatakan dia sebenarnya yang diserang jurulatih kecergasan T-Team (Impagliazzo) dan juga seorang pemain pasukan itu yang memakai jersi nombor 16 (Rodrigues).

“Kolar baju T Jimenez ditarik jurulatih kecergasan T-Team itu manakala pemain dengan jersi nombor 16 itu menolaknya.

“Selain daripada insiden itu, tiada apa yang berlaku. Tapi, perkara itu kemudian diputarbelitkan T-Team,” katanya ketika ditemui di depan Balai Polis Sentral, semalam.

Selain Jimenez, turut hadir Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dan Naib Presiden 2 PBNJ, On Jabar.

Menurut Baljit, pihaknya menyerahkan kes itu kepada polis dan bersedia memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

Katanya, polis akan menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan niat dan ugutan jenayah.

“Pihak kami akan melihat perkara ini dengan teliti dan akan mengambil tindakan selanjutnya jika ada sebarang fitnah atau tohmahan yang tidak berasas,” katanya.

Pada aksi pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan selepas tamat separuh masa pertama atas alasan bimbangkan keselamatan mereka. Ketika itu, Johor DT sedang mendahului 2-1. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.