Info Terkini :

PBSNT Anjur Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 Tahun

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menganjurkan kejohanan Bawah-20 dalam usaha memastikan Terengganu mempunyai bakat-bakat baharu pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat berkata kejohanan itu yang akan berlangsung dari 7 Mac hingga 23 Mei menawarkan Piala Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia untuk menjadi rebutan.

Katanya Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik selaku urusetia kejohanan dengan setiap daerah diwakili satu pasukan kecuali daerah Kuala Terengganu yang diwakili dua pasukan iaitu Kuala Terengganu Utara dan Kuala Terengganu Selatan.

Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Menurut Rozi kejohanan itu juga diharap akan menjadi pelengkap kepada struktur program pembangunan bola sepak negeri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri melihat program pembangunan bola sepak di negeri ini terbukti berjaya melahirkan bakat-bakat baharu yang berkualiti hasil beberapa inisiatif dilakukan.

Rozi berkata ini dapat dilihat apabila 13 orang pemain telah dipilih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewakili pasukan Harimau Muda C, Harimau Muda B serta Harimau Muda A bagi tahun ini.

Katanya sebahagian daripada mereka telahpun bersama FAM dan sebahagian lagi akan dipanggil menjalani latihan.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.