Info Terkini :

Kerajaan Terengganu Adakan Mesyuarat Khas Insiden JDT Dan T-Team

Kerajaan negeri Terengganu mengadakan mesyuarat khas dengan memanggil pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan T-Team bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden kekecohan aksi Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Dan Sumber Manusia, Rozi Mamat berkata pada pertemuan itu pihaknya bersetuju mengambil pendekatan yang mampu meredakan suasana serta memberi kebaikan kepada semua pihak.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam insiden kekecohan aksi Piala FA berkenaan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut prosedur biasa sejurus menerima laporan walaupun kes itu dianggap berprofil tinggi.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang bakal diadakan Khamis depan akan membincangkan laporan daripada komisioner, pengadil, serta koordinator perlawanan kedua-dua pasukan
Pegawai dan pemain yang berjaya dibuktikan melanggar peraturan tatatertib pertandingan, akan dihadapkan kepada jawatankuasa tatatertib bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Rozi turut mengesahkan penyerang import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo tampil membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30 malam pada Ahad.

Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun dan jurulatih kecergasan T-Team itu dikatakan dikasari pengurusan JDT pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu malam.

Mereka sebelum itu membatalkan hasrat untuk membuat laporan pada tengah hari semalam (Ahad) apabila menyedari kehadiran pihak media.

Perlawanan JDT dan The Titans di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada kelmarin terpaksa ditangguh selepas pasukan pelawat T-Team bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meneruskan perlawanan.

Ia berikutan dakwaan terdapat  pemain dan pegawai T-Team dikasari dalam insiden di laluan terowong menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat tamat babak pertama.

Menurut Azraai,disebalik insiden itu barisan pemain menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan mengelak keadaan mnejadi bertambah buruk.

Sementara itu, Ketua Pengawai Esekutif T-Team Abdul Rasid Jusoh berharap peminat bolasepak menghentikan spekulasi dan menyerahkan isu berkenan ke pada FAM untuk tindakan lanjut.

Mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa diadakan akibat pembatalan atau ditangguhkan disambung baki tempoh permainan.

Bagi isu berkenaan, komisioner perlawanan Zainal Mukri akan merujuk kepada FAM samada perlawanan ulangan diadakan atau mengekalkan keputusan.

Pada perlawanan Sabtu lalu, JDT memperolehi dua gol menerusi penyerang import dari Argentina Luciano Figueroa pada mini ke 15 dan 20.

Manakala T-Team merapatkan jurang enam minit kemudian menerusi sepakan percuma kapten pasukan Marzuki Yusof sebelum perlawanan dihentikan sejurus tamat babak pertama. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.