Info Terkini :

Manaf Manat Mahu Rebut Kesebelasan Utama

Kuala Terengganu: Jika musim lalu jentera serangan sering menjadi milik Abdul Manaf Mamat, musim ini posisi itu tidak lagi menjadi milik automatik pemain berusia 27 tahun itu terutama dengan kehadiran empat muka baru termasuk pemain import.

Pemain kelahiran Kampung Nibong Kuala Terengganu itu mengakui tiada jalan mudah baginya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama musim ini kerana perlu berada dalam kelas tersendiri untuk disenaraikan sebagai pemain utama.

“Saya akui saingan untuk berada dalam skuad semakin sengit dengan kehadiran dua penyerang import, Mamadou Hady Bari dari Papua New Guinea dan pemain Brazil Marcio Souza selain bekas pemain Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan dan Nor Farhan Muhammad.

“Bagaimanapun, saya melihat perkembangan itu secara positif demi kejayaan pasukan dan saya berazam untuk melipat gandakan usaha bagi memastikan kehadiran saya dalam skuad Penyu musim ini bukan sebagai pelengkap sebaliknya memberi impak berguna kepada pasukan,” katanya yang mengidam kasut emas musim ini selepas pernah menjadi penjaring terbanyak Sukan Malaysia (SUKMA) 2006.

Musim lalu, bekas pemain kebangsaan itu sering digandingkan dengan pemain import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona dan pemenang kasut emas 2010 Mohd Ashari Shamsuddin di bahagian serangan.

Namun, musim ini, jurulatih baru Terengganu Abdul Rahman Ibrahim mempunyai banyak pilihan dan sudah pasti pemain yang menunjukkan prestasi terbaik selain mempunyai kebolehan tinggi menjaring gol, pasti menjadi perhatian jurulatih berasal dari Terengganu itu.

Abdul Manaf yang diintai tiga pasukan musim ini mula menyarung jersi Terengganu bermula 2007 dan dua tahun kemudian pemain berbakat ini mula mendapat tempat dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan dan berjaya membawa pulang pingat emas Sukan SEA Laos pada tahun sama.

Pada 2011 jaringan ketika menang ke atas Selangor 2-0 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia terus diingati peminat setia skuad itu yang mengharapkan pemain lincah itu terus menyinar musim ini biar pun diwarnai penyerang import.

“Dalam karier saya sebagai penyerang, jaringan menggunakan tumit ketika bertemu Selangor adalah paling manis pernah dilakukan sehingga peminat menggelar jaringan `ekor penyu,” katanya.

Dalam pada itu, Terengganu akan mengadakan majlis memperkenalkan pemain serta jersi baru skuad itu esok di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.

Pada majlis itu juga, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan turut memperkenalkan penaja selain perlawanan persahabatan dengan T-Team yang bakal dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.