Info Terkini :

Rajagobal Tukar Strategi Bertemu Bahrain

Kuala Lumpur: Ketiadaan bek kiri Asraruddin Putra Omar tidak begitu merisaukan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang merasakan anak buahnya mampu mengekalkan momentum selepas seri 1-1 menentang Bahrain di Shah Alam bulan lalu.

“Saya nak lihat momentum pemain selepas perlawanan dengan Bahrain dan kemungkinan kita akan tukar strategi untuk perlawanan timbal balik nanti berdasarkan prestasi ketika bertemu Kuwait,” kata Rajagobal yang berdepan misi penting di Manama, Bahrain 15 November ini.

Skuad negara tiba di Kuwait semalam untuk perlawanan persahabatan menentang skuad negara itu Jumaat ini sebagai persediaan menghadapi Bahrain bagi perlawanan timbal balik Kelayakan Piala Asia 2015.

"Sentuhan Norshahrul Idlan Talaha ditagih di pertemuaan timbal balik Malaysia dengan Bahrain" 

Mat Yo penyelamat 

Perlawanan keempat dalam Kumpulan D itu bakal menentukan sama ada Malaysia terus berpeluang melayakkan diri ke Piala Asia atau terpaksa mengharapkan tuah pada baki dua perlawanan seterusnya.

Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan selepas mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan dan ketika ini masih berada di kedudukan terbaik melayakkan diri sebagai pasukan di tangga ketiga terbaik.
Berdasarkan prestasi Bahrain di Shah Alam bulan lalu, Malaysia berpeluang mengutip tiga mata jika corak permainan negara pada babak kedua ditampilkan sepanjang perlawanan itu nanti.

Selain Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan, kemuncak prestasi Azamuddin Akil yang dinobatkan pemain terbaik final Piala Malaysia selepas membantu Pahang muncul juara Ahad lalu, turut menjadi sandaran negara mengutip tiga mata di Manama. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.