Kuala Terengganu: Pasukan kelab T-Team mengikat penyerang berbisa Indonesia, Patrich Steve Wanggai bagi mengisi kuota pemain import Asia untuk menghadapi cabaran Liga Super musim depan.
Wanggai, 25, dengan nama timangannya ‘Patty’ adalah penyerang utama pasukan Persipura Jayapura yang menjuarai Liga Super Indonesia (LSI) 2012/2013.
Penolong pengurus pasukan T-Team Mohamad Sekanther Hamid mengesahkan mereka mendapatkan khidmat Wanggai, penjaring terbanyak LSI musim lalu.
Selain Wanggai, beliau berkata, mereka akan menguji seorang pemain Croatia dan Nigeria dalam perlawanan persahabatan menentang Terengganu, Isnin ini sebelum mengisi baki dua slot pemain import.
“T-Team mahupun Terengganu akan membuat ujian terakhir sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pemain import tahun depan,” katanya.
Pada perlawanan persahabatan itu, Terengganu akan menguji pemain import dari Brazil, Argentina dan Jepun.
Mohamad Sekanther berkata, setakat ini T-Team menyenaraikan 21 pemain dan akan melengkapkan senarai 25 pemain sebelum awal bulan depan.
Skuad T-team yang menduduki tangga ke-10 kempen Liga Super musim ini, akan dilatih bekas jurulatih Perak Azraai Khor Abdullah dibantu bekas pemain Terengganu, Azlan Johar. - Sumber