Info Terkini :

Skuad Rajagobal Kalah Lagi

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kalah 1-3 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Shenzen, China, Rabu.

Kemenangan itu merupakan yang kedua untuk pasukan UAE kendalian Mahdi Ali selepas menundukkan Laos, 2-0 pada aksi pertama di venue sama, Sabtu lepas.

Untuk Harimau Malaya pula, ia adalah kekalahan kelapan daripada 11 pertemuan dengan pasukan itu.

Malaysia pernah mencatat dua kali kemenangan ke atas UAE iaitu 2-0 pada Piala Asia 1980 di Kuwait dan 2-1 pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982.

Perlawanan di China itu adalah aksi pemanas badan terakhir untuk anak didik Rajagobal sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada perlawanan ketiga, Kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Okt ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.