Info Terkini :

Separuh Akhir Kedua Piala Presiden 2013


Kuala Terengganu: Sedar tidak sedar anak-anak muda Terengganu sudah melangkah Separuh Akhir Kedua. Namun tiada hebahan rasmi dibuat dalam media massa terutama siaran televisyen tentang perkembangan Piala Presiden 2013.

Keputusan separuh akhir pertama berkesudahan Terengganu ketinggalan 2-4 kepada Perak, Setelah kecewa dengan aksi skuad senior, semoga ada sinar kebangkitan skuad muda untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Skuad muda akan menentang Perak pada 03 Oktober 2013 (Khamis), sepak mula yang akan berlangsung pada jam 4.15 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, masuk adalah percuma.

Sokongan daripada peminat dan penyokong semestinya ditagih bagi menaikkan semangat pemain untuk memastikan peluang ke perlawanan akhir dengan sekurang-kurangnya mendapatkan 2 gol di halaman sendiri.

Sementara itu perlawanan separuh akhir lain antara skuad Presiden Kelantan akan menerima kunjungan Johor di Stadium Sultan Muhammad IV dengan keputusan separuh pertama berkesudahan Kelantan 0-0 Johor.

INFO Perlawanan

Terengganu (2) mln (4) Perak
03 Oktober 2013 | Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
04.15 Petang | Masuk Percuma

Kelantan (0) mln (0) Johor
03 Oktober 2013 | Stadium Sultan Muhammad IV
04.15 Petang

*Keputusan separuh akhir pertama dalam kurungan
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.