Info Terkini :

Harap Bangkit Jumpa Bahrain: Tengku Abdullah

Kuala Lumpur: Bangkitlah! Demikian nada tegas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada barisan pemain Harimau Malaya yang bakal beraksi pada kempen kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain, 15 Oktober ini.

Bagi beliau, perlawanan ketiga bertemu Bahrain di Stadium Shah Alam begitu penting selepas skuad negara sekadar meraih tiga mata daripada dua perlawanan hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dan tewas aksi terakhir bertemu Qatar 0-2.

“Saya harap jurulatih dapat melakukan persiapan rapi dan sudah tentu juga jangkaan peminat begitu besar. Kalau berjaya sudah tentu ia satu perkembangan yang bagus.

“Saya mahu semua pengurusan pasukan dan pemain bangkit ketika menentang Bahrain,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Hoki 5 Sebelah semalam.

Mengulas mengenai persiapan anak buah Datuk K Rajagobal yang dilihat terjejas berikutan gangguan saingan Piala Malaysia, Tengku Abdullah berkata, perkara itu sesuatu yang normal.

“Ia dilalui semua pasukan di dunia. Apapun saya harap Rajagobal tahu apa yang dilakukannya,” katanya.

Tengku Abdullah juga enggan mengulas mengenai masa depan Rajagobal sekiranya skuad negara tewas kepada Bahrain.

“Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi atau bercakap mengenai masa depan Rajagobal ketika ini. Biarlah beliau menjalankan tugasnya terlebih dulu,” katanya.

Skuad negara berlepas ke Shenzen, China pagi semalam bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu ini sebelum turun berdepan Bahrain. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.