Info Terkini :

Awas Perangkap Bahrain

Rajagobal tak mahu Harimau Malaya mudah yakin selepas Bahrain tewas 0-1 kepada Thailand

Kelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal enggan menganggap kekalahan Bahrain kepada Thailand 1-0 pada aksi persahabatan di Bangkok, kelmarin sebagai kelebihan buat skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 menentang pasukan ranking ke-121 dunia itu di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Bahrain menang kedua-dua aksi awal Kumpulan D sebelum ini dengan menewaskan Yaman 2-0 dan Qatar 1-0 ketika di bawah kendalian jurulatih dari Argentina, Gabriel Calderon manakala skuad Rajagobal tewas 2-0 kepada Qatar sebelum bangkit menewaskan Yaman 2-1 di Shah Alam, 22 Mac lalu.
Namun Bahrain sejak 14 Ogos lalu dibimbing jurulatih baru dari England, Anthony Hudson yang hanya berusia 32 tahun dan masih belum meraih sebarang kemenangan selepas tewas 2-1 kepada Kuwait, bulan lalu dan terbaru tumbang 1-0 kepada Thailand.

Raih tiga mata

“Kita tetap perlu memberi tumpuan kepada persiapan pasukan kita sendiri walaupun tahu Bahrain tewas 1-0 kepada Thailand. Lagi pun Thailand juga pasukan yang bagus. Jadi saya tak mahu terlalu memikirkan ia boleh memberi kelebihan kepada kita.

“Keputusan perlawanan persahabatan tidak menggambarkan kekuatan sebenar sesuatu pasukan itu. Mereka boleh tewas aksi persahabatan tetapi apabila datang ke perlawanan sebenar mampu memberikan aksi berbeza.
“Apa pun saya mahu pemain yakin dengan apa yang kita ada dan turun dengan penuh keyakinan untuk cuba meraih tiga mata penuh, Selasa ini,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, petang semalam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.