Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, majlis undian saingan Piala Malaysia 2014 akan berlangsung di Institut Sukan Negara (ISN) pada jam 12 tengah hari, 13 Julai ini.
“Format sama seperti tahun lalu, di mana 16 pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan.
"Tidak ada pinjaman (pemain) kerana kita telah buka jendela perpindahan kedua yang membenarkan pemain tempatan ditukar tidak lama dahulu.
10 pasukan teratas Liga Super dan 4 pasukan teratas Liga Perdana layak automatik ke Piala Malaysia, manakala tempat ke-11 dan ke-12 Liga Super akan bermain aksi *PlayOff* menentang pasukan ke-5 dan ke-6 Liga Perdana.
Keputusan play-off kelayakan Piala Malaysia T-Team dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam kelompok Liga Perdana mengisi dua slot terakhir ke Piala Malaysia 2014 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada aksi 'playoff' 28 jun lalu.
T-Team menundukkan pasukan yang meraih tangga keenam Liga Perdana, Negeri Sembilan dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Shah Alam.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-42.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula, JDT II yang menduduki tangga kelima Liga Perdana mengalahkan PKNS FC yang berada di tangga tercorot iaitu tempat ke-12 Liga Super dengan kemenangan 2-1.
Dua gol skuad 'Harimau Selatan' itu dijaringkan bekas penyerang kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-45 dan Akmal Ishak pada minit ke-70 manakala gol tunggal PKNS FC disumbang oleh Karlo Primorac pada minit ke-80.
T-Team dan JDT II akan menyertai 14 pasukan lain yang sudah melayakkan diri secara automatik ke Piala Malaysia, yang dijadual bermula 12 Ogos ini tertakluk kepada sebarang perubahan kelak.
Kedudukan Balang Untuk Undian Piala Malaysia 2014
Balang 1: Johor DT I, Selangor, Pahang, Terengganu
Balang 2: Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Lions XII
Balang 3: Perak, ATM, PDRM, Felda United
Balang 4: Pulau Pinang, Kedah, T-Team, Johor DT II