KUALA LUMPUR - Dua bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim dan B. Sathianathan awal-awal lagi membayangkan betapa keletihan dan risiko cedera bakal menanti pemain-pemain mereka apabila tirai saingan Piala Malaysia 2014 disingkap pada 13 Ogos ini.
Abdul Rahman menyifatkan Kumpulan B yang menempatkan pasukannya, Terengganu sebagai yang paling susah daripada segi jarak dan masa perjalanan apabila terpaksa bertandang ke Sarawak, Perak dan Kedah, berbanding pasukan dalam tiga kumpulan lain.
"Perjalanan jauh kami bakal memakan banyak masa jika selepas terbang ke Sarawak dan pulang, kerana pemain perlu cuba memulihkan diri dalam masa yang terhad dan mungkin kepenatan menjelang perlawanan berikutnya," katanya selepas majlis undian Piala Malaysia di Dewan Perdana Institut Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.
Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sathianathan pula turut mengandaikan satu tugas perit buat jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dalam memanggil pemain bagi latihan pusat ke siri persahabatan dan Kejohanan AFF gara-gara kepadatan jadual pertandingan Piala Malaysia edisi ke-48.
Sathianathan yang sedar akan dikecam kerana kelantangan mulutnya, turut menyarankan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dianggotai pemain dan jurulatih yang dianggap lebih arif dengan keperluan rehat dan pemulihan selepas beraksi.
"Saya juga berasa undian Piala Malaysia patut dijalankan lebih awal iaitu sebaik sahaja liga kita berakhir. Sukar saya hendak merancang perlawanan pemanas badan selepas liga kerana undian (Piala Malaysia) lambat dibuat dan kami tidak tahu siapa lawan kami (ketika itu)," katanya.
Bagaimanapun, berikut adalah tarikh perlawanan Piala Malaysia 2014
Peringkat Kumpulan:
Perlawanan 1
Rabu, 13 Ogos 2014
Khamis, 14 Ogos 2014
Perlawanan 2
Selasa, 19 Ogos 2014
Rabu, 20 Ogos 2014
Perlawanan 3
Jumaat, 22 Ogos 2014
Sabtu, 23 Ogos 2014
Perlawanan 4
Selasa, 26 Ogos 2014
Rabu, 27 Ogos 2014
Perlawanan 5
Jumaat, 29 Ogos 2014
Sabtu, 30 Ogos 2014
Perlawanan 6
Selasa, 2 September 2014
Rabu, 3 September 2014
Peringkat Suku Akhir:
Perlawanan Suku Akhir 1
Jumaat, 3 Oktober 2014
Sabtu, 4 Oktober 2014
Perlawanan Suku Akhir 2
Jumaat, 17 Oktober 2014
Sabtu, 18 Oktober 2014
Peringkat Separuh Akhir:
Perlawanan Separuh Akhir 1
Jumaat, 24 Oktober 2014
Sabtu, 25 Oktober 2014
Perlawanan Separuh Akhir 2
Jumaat, 31 Oktober 2014
Sabtu, 1 November 2014
Perlawanan Akhir:
Sabtu, 8 November 2014
Utusan & Berita Harian