Ipoh: Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi mengelak tersingkir ke Liga Perdana melancarkan serangan sebaik sepak mula, tapi dihalang benteng masing-masing.
Namun T-Team berada di depan selepas 10 minit permainan berlangsung melalui penyudah Jimmy Mulisa hasil pergelutan dalam kawasan gol Perak selepas benteng tuan rumah gagal mengeluarkan bola.
Jaringan itu membangkitkan semangat pemain Perak yang menggandakan usaha mencari gol penyamaan.
Kesungguhan mereka akhirnya membuahkan ganjaran apabila Abdulafees Abdulsalam menanduk masuk hantaran silang Hassan Daher pada m-24.
Begitupun segala usaha Perak selepas itu untuk mencari gol kemenangan menemui jalan buntu walaupun memiliki beberapa peluang termasuk bola singgah di palang gol lawan. - Sumber