SKUAD T-Team akhirnya melengkapkan dua pasukan berstatus kelab bersama-sama PKNS FC untuk beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan apabila tewas 0-1 ditangan Lions XII pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Pasukan The Titans yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di awal babak kedua perlawanan selepas penjaga gawang, Mohd Shahril Shaari dilayangkan kad merah antara faktor kekalahan kem tuan rumah, selain masalah kecederaan yang dialami pemain.
Pengendalinya, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui mereka terpaksa menerima kenyataan itu walaupun agak pahit untuk ditelan dan mengharapkan anak buahnya dapat memberikan aksi terbaik mereka pada perlawanan ‘play off’ bertemu Negeri Sembilan Sabtu ini untuk melayakkan diri dalam saingan Piala Malaysia nanti.
Mengulas lanjut perlawanan malam tadi (kelmarin), beliau menyifatkan bahawa penentuan ‘survival’ pasukan sebenarnya sudah bermula dalam dua perlawanan sebelum ini iaitu ketika bertemu dengan Perak dan Sime Darby FC, bagaimanapun pemain hanya sekadar mencatatkan keputusan seri.
“Kedua-dua perlawanan ini saya lihat kita bermain seolah-olah sekadar mahu mencatatkan keputusan seri. Jadi kita terpaksalah terima hakikat kekalahan malam ini (kelmarin) dan akur dengan keputusan turun ke Liga Premier musim depan.
“Sekiranya pemain berjaya meraih sekurang-kurangnya keputusan seri, ia pastinya membawa kita ‘at least’ kekal dalam Liga Super musim depan tetapi kita ‘fumble’ pada malam ini (kelmarin),” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Terima kenyataan
Dalam pada itu, Mohd Azraai berkata, sememangnya sukar apabila pasukan terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain kerana ia akan menyulitkan lagi keadaan untuk mereka merencanakan pergerakan menyaingi pasukan lawan.
Tambahan pula katanya, dengan keadaan pemain yang masih diselubungi dengan masalah kecederaan pastinya agak sukar untuk mereka menguasai perlawanan di dalam padang.
“Apa sahaja yang berlaku malam ini kita kena terima oleh kerana peluang yang terhidang sebelum perlawanan ini, kita gagal memanfaatkan sebaik mungkin dan inilah hakikat sebenar bola sepak,” katanya.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi hambar dibabak pertama perlawanan walaupun mempunyai beberapa peluang menarik di depan gol, namun mereka gagal menghasilkan sebarang gol sehingga membawa perlawanan ke bilik persalinan.
Masuk babak kedua, tuan rumah mula memperkemaskan corak permainan namun tindakan kurang bijak penjaga gawang T-Team, Mohd Shahril yang melakukan asakan keras ke atas penyerang Lions XII, Sufian Anuar dalam usaha menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi mengundang padah apabila dia dilayangkan kad merah pada minit ke-54.
Situasi T-Team yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dimanfaatkan kem pelawat apabila jentera tengah, Muhamad Faris Ramli berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-65, sekali gus menewaskan penjaga gawang gantian, Wan Azraie Wan Teh.
Sepuluh minit berselang, permainan tergendala seketika apabila pemain kedua-dua pasukan mencetuskan provokasi antara Sufian Anuar dan Patrich Wanggai yang berkesudahan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajudin.
T-Team yang cuba bangkit di penghujung perlawanan untuk mengikat kedudukan terus buntu meraih jaringan dan terpaksa akur dengan kekalahan itu, sekali gus memusnahkan harapan mereka untuk terus kekal dalam aksi Liga Super musim depan.
Sementara itu, ketua jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mereka mencuri tiga mata di Kuala Terengganu adalah kemenangan yang dicari-cari pasukan setelah mereka gagal dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Menurutnya, walaupun sekadar meraih satu gol tetapi beliau amat berpuas hati dengan kebangkitan yang ditunjukkan pemain walaupun pemainnya masih dibelenggu kepenatan.
“Sememangnya misi kita pada hari ini adalah untuk meraih kemenangan dan saya sudah pun berpesan agar pemain dapat bermain dengan semangat juang yang tinggi sehingga ke wisel penamat dan mereka berjaya merealisasikannya.
“Saya amat berterima kasih kepada pemain-pemain kerana berjaya menghadiahkan tiga mata berharga pada perlawanan terakhir malam ini (kelmarin) walaupun ada segelintir mereka yang masih berdepan dengan masalah kecederaan,” katanya. - Sinar Harian